Rabu, 4 April 2012

United kukuh cengkaman


Pemain gantian, Ashley Young (tengah) melepaskan rembatan gol kedua United













KEJAYAAN Manchester United membenam Blackburn Rovers 2-0 di arena lawan awal pagi semalam, menambah teka­nan buat pencabar terdekat, Manchester City dalam perubatan liga musim ini.

Tiga mata yang diperoleh skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu membolehkan United mengumpul 76 mata untuk menjarakkan diri selaku pendahulu liga, lima mata di hadapan City di tangga kedua.

Bagaimanapun, Ferguson tetap berhati-hati walaupun pasukannya mempunyai kelebihan setakat ini.

“Kami masih perlu mengharungi tujuh perlawanan. Berdasarkan pengala­man saya dalam situasi ini, kutipan mata bukan menjadi topik utama buat masa ini.

“Tumpuan adalah pada perlawanan akan datang iaitu Ahad ini,” katanya.

Hujung minggu ini, United bakal menerima kunjungan Queens Park Rangers di Old Trafford.

Sabtu lalu, QPR menjinakkan Arsenal 2-1 di laman sendiri.

Justeru, Ferguson mahu pemainnya tidak memandang rendah keupayaan QPR meskipun beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Mereka (QPR) sukar dijangka. Apa pun kami tidak boleh kalah atau mencicirkan mata pada perlawanan Ahad ini,” katanya.