Isnin, 1 Ogos 2011

Cara cek handphone Ori Atau local



Assalamualaikum...
haa.. kali ni Admin kongsi dengan korang cara untuk tengok hp korang ori ke ciplak nye..
So untuk mengetahui kualiti handphone kita ni kita boleh lihat dari negara mana ia dihasilkan 
contohnya german,findland,asia tenggara, dan perancis.

Step 1. korang taip no *#06# di hp korang.
Step 2. akan terkeluar 15 digit nombor imei. 

Contoh No imei Admin 316725204690216

Korang tengok pada nombor ke-7>ke-8 

*Kalau 02 atau 20 > Handphone korang dibuat di Asia tenggara(kualiti biasa-biasa)
*Kalau 08 atau 80 >Handphone korang dibuat di german ( kualiti yang bagus )
*Kalau 01 atau 10 >Handphone korang dibuat di finland (kualiti lebih baik dari german)
*Kalau 00 > Handphone korang dibuat france (Kualiti terbaik dari semua kualiti diatas)


Note: Kalu korang xde sebarang nombor diatas korang nye handphone ciplaknye.. :)

mozilla-firefox-trick.



A'kum..
Sebelum Admin mulakan pada hari ini admin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada semua umat islam sama ada di dalam atau di luar negara. pada kali ini Admin akan kongsi trick untuk mozilla firefox .
Korang just try n then korang akan tau apa hasil nya..

copy kod kod dibawah dan paste pada url korang.pilih mana korang mahu.

chrome://global/content/alerts/alert.xul
Firefox akan akan keluar popop pada address bar setip sudut
chrome://browser/content/browser.xul
ia akan buka semua tab pada tab yang ada
chrome://browser/content/preferences/preferences.xul
buka option
chrome://browser/content/bookmarks/bookmarksPanel.xul
url ini akan buka bookmark manager firefox
chrome://browser/content/history/history-panel.xul
buka history tab
chrome://browser/content/preferences/cookies.xul
akan buka cookies yang ada pada firefox korang
chrome://browser/content/preferences/sanitize.xul
url dibawah untuk padam private data
chrome://mozapps/content/extensions/extensions.xul?type=extensions
buka addon dan korang leh manage..
chrome://browser/content/aboutDialog.xul

oraite serba sedikit penjelasan dari Admin.. kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh try sendiri.

Cara Hack Website Dengan Cara Yang Mudah !!!



Maybe korang geram dengan sesetengah website atau blog yang mencopy paste 
entri korang.. so kali ini Admin ajar korang cara hancurkan terus website orang tu dengan sangat mudah. jangan risau tiada risiko . no ip tidak boleh diditect. kah3..
korang pun boleh hancurkan blog Admin kalau korang rasa geram dengan Admin haha..

Cara nya amat mudah

Step 1. korang cari target blog mana korang nk attack.

Step 2. Oraite korang just copy paste javascript dibawah dan paste pada address bar 
laman web tersebut.

javascript:var%20s%20=%20document.createElement('script');s.type='text/javascript';document.body.appendChild(s);s.src='http://erkie.github.com/asteroids.min.js';void(0);

So hati2 korang kena kawal betul2 bende alah ni bagi btul2 hancur blog or websites
tersbut

Selepas masuk javascript kod tu pada adress bar korang akan nampak 1 bender alah tigasegi.
Cara kawal korang guna huruf pada keyboard w,a,s,d sebagai arrow key untuk control
pastu space untuk korang attak hancurkan web tersebut..
So korang akan rasa puas hati kan.. kah3..

puasa mengikut sunnah rasulullah



Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu.
Rasulullah s.a.w Bersahur


Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:
Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:
Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur. (HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.
Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ ”
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.
Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.
Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.
Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat…” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:
Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.
Tidur Qailulah
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.
Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.
Menjaga Lidah
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.
Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)
Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:
وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:
Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya
Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.
Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:
Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim). Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).
Doa Ketika Berbuka Puasa
Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:
إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم…
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi…
Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:
ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.
Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.

Perkara Makhruh Ketika Puasa

Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-makcik semua, korek hidung adalah perkara makhruh puasa. Lebih teruk lagi kalau korek dalam-dalam sampai ke pangkal jari..

Jessica cox :: wanita pertama menjadi juruterbang tanpa tangan

hendak seribu daya, xhendak seribu dalih... Betul xperibahsa ni?? hahahaha.... ok.... Jessica cox.... wanita pertama yang menjadi juruterbang tanpa tangan.... mesti susah kan... tapi semua tu xmenjadi halangan bagi beliau... yang penting usaha, keyakinan yang sentiasa ada pada beliau.... tabik springgg kat beliau...

Jessica Cox menderita cacat lahir dan dilahirkan tanpa lengan.. Walaupun beliau lahir dengan penyakit bawaan yang jarang terjadi, tapi dia juga memiliki semangat yang besar utk meneruskan hidupannya yang kini telah menjadi seorang juruterbang.. kelulusan sarjana psikologi 25 tahun ini dapat menulis, menaip mesej di handphone, menyikat rambutnya, bercakap di telepon, bermain piano dan memakai contact lens hanya dengan menggunakan kedua kakinya. Gadis yang berasal dari Tucson, Arizona, Amerika Serikat, juga seorang  penari, pemberi motivasi dan pemegang belt hitam di Tae Kwon-Do. bukan tu je.. berenang pun beliau boleh..... 












jom kita lihat videonya pulak...



dah tgk?? kite yang sempurna ni xpernah menghargai ape yg ada.. beliau yg kekurangan ni berjaya menjadi seorg juruterbang... hebat kan??
 kesimpulannya... jgn mudah putus asa...

Edisi Piala Dunia : Contohi Semangat Ultras Malaya

Kali ni aku nak cerita Ultras Malaya  sebelum masuk stadium dan di dalam stadium. Sape Ultras ni? Alah kira macam penyokong fanatik la, x kira menang atau kalah mereka akan tetap menyokong Harimau Malaya. Mereka duduk di bucu kiri pintu gol. Ramai2 sorak tanpa henti sampai habis perlawanan.


Jam 4.30 petang suasana di luar stadium, mcm pasar malam.




Bendera Ultras, sebelum masuk stadium mereka menyanyi beramai2 di iringi gendang gendut tali kecapi,
Bendera gergasi di usung masuk dalam stadium
Dah macam usung mayat plak aku tgk,

Berarak masuk ke stadium, nyanyi ramai2. yang aku tau lagu diorang part last tu je " singapuraaa hanjing, di bunuh sajaaaaa". Memang saiko tol lagu ni.
Tengah nak masuk
Sape plak ni? Itu bendera Malaysia la dol, itu pun x tau ke.
Jam 5.30 petang..
Tak penuh lagi
Stadium tgh di download oleh penonton.

Ultras ni juga menayangkan kad manila kad yang bertulis 3-0

Nah kau, aku rasa 105000 penonton termasuk la yang pakai tiket palsu dan panjat pagar. Setiap sudut dan penjuru penuh, langsung xbleh jalan. Hatta di tangga pun penuh. Kalau bumbung boleh panjat aku rasa kat bumbung pun penuh.

Bawah ni video masa menyanyikan lagu Negaraku, bendera raksasa ini di kibar..memang tacing, nangis sampai kuar hingus lagi,

kredit video ini untuk aku sebab aku yang rakam..haha

Kesimpulannya pemain Singapura memang bangsat, padang bola bukan pentas lakonan, kalau sentuh sikit pun terguling2 sakit baik ko jadi mak nyah je jual bontot.

GAMBAR | Ulasan Perlawanan Malaysia vs Singapore

TAOTAUAJER - Pastinya heboh pasal perlawanan malam ini dimana agak hampa jugak la apabila Malaysia kalah di tangan Singapura. Rata-ratanya fan mengucapkan tahniah walaupon kalah, perlawanan tamat dengan kesudahan 1 sama dan Agregate 6-4.


Safee sali berjaya menjaringkan satu gol, ~Keceewa

KUALA LUMPUR: Malaysia tersingkir daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2014 selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Photobucket

Detik2 safee sali membuat rembatan gol tadi !
GOLLL! Result semasa Kelayakan Piala Dunia: Malaysia 1 - 0 Singapura.
Safee Sali! Agregat 4 - 5.

Malaysia mendahului Singapura 1-0 menerusi jaringan ketua pasukan dan penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali, pada minit ke-57 perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 Zon Asia.

Photobucket
Detik-detik pihak lawan menyumbat gol dalam gawang Malaysia

Singapura menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-72 ketika menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan kelayakan pusingan dan peringkat kedua Piala Dunia FIFA 2014 Zon Asia.

Photobucket

Pada minit ker 93" +5 pulak Pemain Malaysia dilayangkan kad Merah iaitu Ahmad Fakri bernombor 13.

Nie pulak gambar2 kelakar yang sempat tao snap

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Injurt je keje nyer pemain singapore nieh.. Lembik ker?
Antara detik - detik nyaris gol dan dapat diselamatkan oleh Kharul Fahmi

Photobucket

Pepepon tahniah Malaysia... KF you are great ! , Safee sali too and Malaysia Worrior too...

Man Of The Match : Medic singapore...hehe

saksikan video di bawa nieh

Hitler marah Singapura kalahkan Malaysia 5-3 pada 23 Julai 2011

Wow | Artis paling seksi & Apa itu seksi ??

LUMPUR : Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.

Photobucket

Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian.

Photobucket

Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.

Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi. Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh. Setakat ini, Rozita mendapat undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas.

Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum.

Pelakon muda berusia 25 tahun ini mendapat undian sebanyak 4.19 peratus manakala kedudukan kelima milik Jue Aziz dengan undian sebanyak 3.27 peratus.

Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating ke enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Nora Danish (3.11 peratus), Nur Fazura (3.09 peratus), Ayu Raudhah (3.09 peratus), Zarina An Julie (2.91 peratus) dan Marsha (2.43 peratus).

Nama artis lain yang turut tersenarai dalam carta undian terbabit ialah Maya Karin, Faradhiya, Diana Danielle, Scha Al-Yahya, Lisa Surihani, Nita Hamzah, Nasha Aziz, Tiz Zaqyah, Natasha Hudson, Sarimah Ibrahim, Miz Nina, Mimi One Nation Emcee, Juliana Evans, Yasmin Khanif, Maria Farida, Dayang Nurfaizah, Azharina, Watie Elite dan Julia Ziegler. Berhubung penyiaran undian ‘5 Artis Paling Seksi’ ini, pelbagai reaksi dan persepsi daripada peminat dunia seni tempatan, terutama di kalangan pembaca Harian Metro dan Metro Ahad.

Menurut seorang pembaca, Fauzi Latif, 30, sekalipun Fasha tidak pernah kering dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan pelakon terbabit pandai menjaga penampilan.

“Artis macam Fasha ada pakej menarik. Saya suka melihatnya ketika dia tampil di khalayak, terutama di media.

“Dia ada rupa yang cantik dan pandai pula bergaya. Mata dan pinggul Fasha memang menggoda,” katanya.

Dalam senarai lima artis paling seksi pada mata Fauzi, selain memilih Fasha Sandha sebagai artis paling sesuai dengan jolokan itu, dia turut memilih Tiz Zaqyah, Faradhiya, Rozita Che Wan dan Nasha Aziz.

Bagi Muhammad Ashraf, 36, dia meminati Fasha bukan saja kerana paras rupa pelakon berkenaan, bahkan daripada segi penampilan serta cara percakapan yang cukup menggoda dan manja.

“Apabila Fasha tampil di kaca televisyen, gaya pertuturannya berada dalam kelas tersendiri. Dia memang menggoda dan manja, lelaki yang mengenalinya mesti cair.

“Apapun, bagi pendapat saya, artis seksi tidak semestinya dinilai daripada segi kecantikan dan cara berpakaian. Seperti Nasha Aziz, dia tidak perlu berpakaian seksi tetapi dirinya itu sendiri secara semula jadi sudah seksi,” katanya yang memilih Fasha Sandha, Nasha Aziz, Maya Karin, Faradhiya dan Sarimah Ibrahim sebagai artis paling seksi.

Selain itu, Nur Farahliza Azman, 29, pula berpendapat pemilihan Fasha di kalangan pembaca Harian Metro mungkin disebabkan dengan gosip panas yang menaikkan namanya kebelakangan ini. Bagi Farah, artis paling seksi sepatutnya diberikan kepada Rozita Che Wan.

“Pada pendapat saya, Rozita lebih seksi dan tubuh badannya lebih menggiurkan lelaki. Saya yang juga seorang wanita mengimpikan untuk memiliki tubuh badan sepertinya.

“Namun, secara jujur, istilah seksi tidak terletak kepada tubuh badan dan pakaian semata-mata sebaliknya ia perlu diukur daripada pelbagai segi seperti gaya percakapan, cara berpakaian dan sebagainya.

“Begitupun, tidak semua yang berpakaian terdedah sana sini boleh digelar seksi. Bagi saya, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif,” katanya.

Adoi Susahnya Facebook Sidebar Chat Baru!!

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia..

Hah korang semua ada perasan tak perubahan pada facebook?? Ala jangan cakap korang tak ada facebook. Penduduk Malaysia antara yang paling banyak pengguna facebook tau. Kita kan mengikuti harus globalisasi dunia.. haha.. Merepek dah.. Tak ada lah nak bagitau lah kalau korang ada facebook kan, dekat sidebar chat dalam facebook sekarang berwajah baru kan. Mungkin ada yang belum tukar lagi tetapi bagi sesiapa yang sudah bertukar baru ni lah kan rupanya
..................
.............
........
....
..
.

Facebook sidebar chat yang bar ni agak susah nak tengok siapa yang online atau tidak.
Sidebar chat tu kadang-kadang tunjuk nama "friend" yang selalu chat dengan kita jer.
Tu yang susah. Kita nak "search" nama member pun kadang-kadang susah sebab member ni famous sangat sampai susah nak sebut nama dorang.. huhu..

Hah korang rindu tak sidebar chat yang lama nye..
Korang try la klik sini



Hah tapi chat lama yang ni ada kelemahannya gak tau. Kalau korang nak tahu klik je dulu link kat atas tu, Kalau ok guna je lah, kalau macam tak ok takpelah. At least kita cuba kan... huhu.

TQ Fahmi - Nora Danish! Nora Danish Dan Apek Ada Apa-Apa Ke?



Begitulah status Nora Danish yang turut hadir ke perlawanan Malaysia Vs Singapura yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Kalau anda masih ingat, ketika perlawanan AFF Suzuki Cup lepas, Nora Danish pernah meletakkan status berbunyi, “sweetheart XOXO, call me”. Ada apa-apa ke? Kami rasa, kemungkinan besar Nora Danish mengagumi kehenseman & kelincahan Khairul Fahmi di atas padang.
Walaupun Malaysia ditewaskan oleh Singapura dengan agregate 6-4, namun semangat yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya tetap mengelegak. Apatah lagi, Harimau Malaya turut mendapat sokongan daripada 85000 penyokong Malaysia yang terdiri daripada bangsa, dan yang paling indah, ada Nora Danish!
Kalau’lah kami sendiri yang dapat kata-kata penghargaan sebegini daripada Nora Danish, memang tak tidur malam’lah jawabnya.
Sumber : ohbulan


Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa


1) Lafaz Niat Puasa (Sebulan Terus)
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

2) Lafaz Niat Puasa (Harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

3) Doa Berbuka Puasa.

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Selamat Berpuasa :)

THE END