Selasa, 2 Ogos 2011

Senarai Bazaar Ramadhan 2011 sekitar Lembah Klang

Senarai Bazaar Ramadhan 2011 sekitar Lembah Klang

Posted on the August 2nd, 2011 under Tempatan by admin

Selalunya kemeriahan bazaar ramadhan sudah terasa sejak hari pertama lagi,kita dijamukan dengan pelbagai juadah yang enak dan juga juadah yang jarang kita temui pada bulan biasa.
Berikut adalah Senarai Bazaar Ramadhan 2011 sekitar Lembah Klang untuk kemudahan anda semua untuk membuat persiapan untuk berbuka puasa. Kami nasihatkan supaya jangan membazir dan berpada-pada ketika membeli, jangan mengikut nafsu. Selamat berpuasa kepada semua!


Bandar Tun Razak
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
Taman Len Sen
Bukit Bintang
Jalan Benteng
Siarkaki Leboh Pudu
Jalan Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
Lorong Berangan
Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan Haji Taib
Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit
Batu
Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Tapak Parking Pasar Selayang
Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
Sentul Pasar
Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
PPR Batu Muda
Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Cheras
Taman Segar
Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
Kepong
Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
Seputeh
Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
Lembah Pantai
Jalan Sri Jati 3
Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
Segambut
Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
Titiwangsa
Jln Cochrane
Pasar Datuk Keramat
Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
Setiawangsa
Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
Jalan Wangsa Melawati 3
Jalan Wangsa Delima
Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
Hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
Wangsa Maju
Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
Jalan Langkawi, Teratai Mewah
Kaki lima Plaza Idaman
Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
Tapak Pasar Malam Taman Melati
Bukit Bintang
Jalan Masjid India
Lorong Tuanku Abdul Rahman
Bandar Tun Razak
Jalan Budiman 25, Taman Mulia
Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
Parking Bersebelahan LRT Cheras
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Dataran Padang Permainan
Subang Jaya
SS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)
USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3c – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)
USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
USJ 1 Pangsapuri Angsana (Tapak Pasar Malam)
Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
Taman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Tmn Batu 3)
Putra Heights (Berhadapan Flat Sri Mutiara)
Puchong
Tmn Puchong Perdana (Jalan Perdana 2)
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra’ayah)
Tmn Puchong Prima (Jalan Prima 5/3)
Tmn Puchong Utama (Jalan Utama 2/1)
Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22)
Pusat Bandar Puchong (Jalan Bandar 3- Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)
Puchong Utama (Tapak Pasar Malam Puchong Utama – kecuali hari selasa)
Puchong Indah (Tapak Pasar Malam – kecuali hari isnin)
Kinrara
Bandar Kinrara Sek 5 (Jalan BK 5A/1)
Tmn Kinrara Sek 1 (Jalan Taman Kinrara 1/1)
Tmn Perindustrian Kinrara (Jalan TPK 2/1 & 2/2)
Tmn Kinrara Sek 4
Hadapan Gerai UPEN Puchong Jaya (Petak Letak Kereta)
Serdang
Tmn Seri Serdang (Jalan 18/35)
Tmn Universiti Indah (Jalan 2/10)
Seri Kembangan
Tmn Pinggiran Putra (Jalan PP 1/2)
Tmn Equine (Jalan PP 1B)
Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)
Kajang
SEPANJANG JLN MASUK KE SMAP, KAJANG
TAPAK BAZAAR MALAM REKO SENTRAL
JALAN UTAMA, SEK 2, TMN KAJANG UTAMA
TAPAK PASAR MALAM KOMPLEKS HENTIAN KAJANG
TEMPAT LETAK KERETA, HADAPAN DERETAN KEDAI TAMAN ZAMRUD
HADAPAN DERETAN KEDAI & KILANG IKS SG. JELOK. ( TEMPAT LETAK KERETA )
DATARAN PRIMA SAUJANA, TMN. PRIMA SAUJANA, KAJANG
KAWASAN TANAH LAPANG ( TAPAK FUNFAIR ), TAMAN KAJANG PRIMA
TAPAK PASAR TANI ( TMN RAMAL INDAH )
JLN KAJANG MEWAH 10
DI BELAKANG TESCO BATU 14, KAJANG
Cheras Kajang
TAPAK PAKIR DESA SERDANG ( HADAPAN BANGUNAN MINLON )
JALAN TEMENGGUNG 21/9, SEK. 9, BDR MAHKOTA CHERAS ( TAPAK PASAR MALAM )
LEBUH TAMING, TAMAN TAMING JAYA
BERHAMPIRAN LOJI KUMBAHAN TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN
TMN. SUNTEX, BT. 9, CHERAS
JLN CHENGAL 4, TAMAN IMPIAN EHSAN
KAWASAN LAKE VALLEY JALAN SUARASA 8/4, BDR TUN HUSSEIN ONN
DI JALAN CP 4/38, TMN CHERAS PERDANA
JALAN CJ 8, TAMAN CHERAS JAYA
PADANG AWAM, TAMAN CHERAS UTAMA ( TAPAK PASAR MALAM LAMA )
Bandar Baru Bangi
TAPAK PASAR MALAM SEKSYEN 16, BANDAR BARU BANGI
TEMPAT LETAK KERETA JALAN 3/69, SEKSYEN 3, BDR BARU BANGI
DIHUJUNG JALAN 2/3A, KAWASAN DUA, BDR BARU BANGI
HADAPAN ASRAMA KOLEJ POLYTECH MARA BANGI
JALAN SERI PUTRA ½, BDR SERI PUTRA
JLN 7/7B, SEK 7, BDR BARU BANGI
DI TEMPAT LETAK KERETA & JLN SUSUR KOMPLEKS PKNS BANGI
Beranang
TAPAK PASAR MALAM, BDR TASIK KESUMA
TAPAK PEKAN SEHARI BERANANG
Hulu Langat
TAPAK PASAR MALAM TAMAN SERI NANDING
BERSEBELAHAN PADANG FUTSAL,TMN DESA SENTOSA
Semenyih
JALAN SEMENYIH SENTRAL 1
SEKSYEN 1, BERHAMPIRAN DENGAN PASARAYA BILLION BDR TEKNOLOGI KAJANG
DI JLN TPS 1/5, TMN PELANGI SEMENYIH
Shah Alam
SEKSYEN 2
SEKSYEN 7 (TPM)
SEKSYEN 13 (STADIUM SHAH ALAM)
SEKSYEN 17 (TPM)
SEKSYEN 18 (TPM)
SEKSYEN 20 (BERHAMPIRAN TPM)
SEKSYEN 25
SEK. U2 TTDI JAYA (TPS)
SEKSYEN U3 (SUBANG PERDANA)
SEKSYEN 6 (TLK REST. DAUD)
SEKSYEN 7 (JLN PLATINUM AD 7/AD) REST ALI CORNER
SEKSYEN 7 (JALAN KRISTAL AS7/AS)
SEKSYEN 8 (DEKAT SURAU BLOK 17-18)
SEKSYEN 16 (HDPN DEWAN ORG RAMAI)
SEKSYEN 18 (JLN 18/34 – KLINIK AHMAD SHAH)
SEKSYEN 19 (TPM)
SEKSYEN 24 (TPK USAHAWAN MIKRO)
SEKSYEN 27 (TAPAK PASAR MALAM)
SEKSYEN 28 (BERHAMPIRAN KFC)
SEKSYEN 31 ( JLN ANGGERIK ARANDA B 31/B DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)
SEKSYEN U5 (JLN UTARID U5/10) TPM
SEKSYEN U8 (JALAN C U8/C BKT JELUTONG HDPN MY MYDIN)
SEKSYEN U10 (TAPAK PENJAJA SEMENTARA)
SUBANG 2 (TAPAK PASAR MALAM)
SEKSYEN U13 (SETIA ALAM – CIMB BANK)
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 1) (BUKIT RAHMAN PUTRA)
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 2) (PEJ LUNCAI EMAS)
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 3) (ECONSAVE)
Ampang
PANDAN INDAH (TLK PADANG PERBANDARAN MPAJ)
PANDAN JAYA (TLK JALAN PANDAN 3)
CHERAS INDAH (HADAPAN DEWAN KOMUNITI)
PANDAN MEWAH (TLK SEBELAH PADANG)
PANDAN CAHAYA (TLK JALAN PANDAN CAHAYA 1/1)
TMN MELAWATI ( HADAPAN PEJABAT POS LAMA )
KG PANDAN (TLK PANDAN UTAMA)
MEDAN SELERA ANGSANA HILIR (TLK)
LEMBAH MAJU (BERHAMPIRAN SIMPANG EMPAT)
KG TASEK PERMAI ( HADAPAN MASJID )
KG MELAYU (JALAN JATI)
AU 2 ( JALAN AU2A/16 )
AU 4/1 (HADAPAN SEVEN-ELEVEN)
AU 5 (TLK MEDAN SELERA)
TMN PERMATA (HADAPAN PASARAYA HARI-HARI)
MELAWATI JALAN E1
BUKIT ANTARABANGSA (JALAN WANGSA UKAY 2)
UKAY PERDANA (HADAPAN RESTORAN ALI MAJU)
TAMAN MELOR (TLK)
BANDAR BARU AMPANG (PASAR BANDAR BARU AMPANG)
AMPANG WATER FRONT (TLK FASA 2)
BUKIT INDAH (SEBELAH RESTORAN DALILA, TLK)
AMPANG JAYA (TLK JALAN 1)
KOMPLEKS MUHIBBAH ( TAMAN NIRWANA )
KERAMAT PERMAI ( JALAN AU1D )
AU3 (TLK FLAT PKNS 13 & 14)
PANDAN INDAH JLN 3/2B
TAMAN KOSAS (TLK JALAN KOSAS 1/1)
PANDAN PERDANA (HADAPAN GUARDIAN)
CHERAS HARTAMAS (BLOK A1, FLAT BUKIT SEGAR)

Sunat latih kanak-kanak puasa


RAMADAN ialah sesi persekolahan dalam menghasilkan jiwa yang bertakwa. Ia juga satu kesempatan yang telah diberikan oleh Allah kepada ibu bapa dalam mendidik anak menjadi insan yang salih dan salihah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada neraka, sedangkan bahan bakarnya ialah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka.” – Surah Al-Tahrim (66), ayat 6.
Banyak amalan yang boleh dipraktikkan mengikut petunjuk Rasul dalam mendidik anak pada Ramadan. Antara yang menjadi amalan ialah dengan mendidik anak yang kecil berpuasa. Hukum berpuasa bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz (iaitu tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk) ialah tidak sah puasanya. Manakala kanak-kanak yang sudah mumayyiz dikira sah puasa mereka apabila ia berniat puasa pada malam hari, walaupun puasa Ramadan itu tidak diwajibkan ke atasnya.


Ulama sepakat mengatakan bahawa hukum berpuasa pada Ramadan adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berakal dan baligh. Dengan demikian, kanak-kanak pada asalnya tidak wajib berpuasa kerana mereka belum baligh. (Abd Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala Mazhib al-arba’ah)
Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW bermaksud: “Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Maksudnya kanak-kanak tidaklah berdosa jika mereka meninggalkan puasa Ramadan.
Walaupun kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, ia bukanlah satu larangan kepada ibu bapa melatih anak-anak berpuasa. Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa melatih anak-anak mengerjakan solat walaupun mereka belum mencapai usia baligh. Hadis yang bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sekiranya arahan Nabi SAW untuk melihat kanak-kanak terbiasa dengan amalan solat sebelum ia diwajibkan ke atas mereka, maka begitu juga dengan amalan puasa. Malah Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni jilid 3 mengatakan bahawa: “Kanak-kanak dikehendaki berpuasa apabila mencapai umur tujuh tahun jika dia secara fizikal mampu melakukannya. Sesetengah ulama berpendapat, dia hendaklah didenda secara fizikal jika tidak berpuasa ketika umurnya 10 tahun. Ia sama seperti tindakan yang diambil jika tidak bersolat.”
Kenyataan ini bersesuaian dengan amalan dalam kalangan anak-anak pada zaman Rasulullah SAW. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ar-Rubaiyyi’ binti Muawwiz bin Afra’ katanya: “Pada hari Asyura, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat ke desa Ansar yang berada di sekitar Madinah dengan katanya: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas kejadian itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat daripada bulu biri-biri. Jika ada antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan berkenaan sehingga tiba waktu berbuka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan sunat bagi ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka berpuasa dengan tujuan melatih mereka sekiranya mereka mampu. Malah sunnahnya amalan ini disokong oleh ulama salaf seperti Imam Syafie, Ibnu Sirin dan az-Zuhri.
Imam Nawawi memperincikan hadis di atas dengan berkata: “Begitu juga keadaan kanak-kanak yang hampir mencecah usia baligh, mereka perlu diberikan pelajaran segala bentuk ketaatan secara berperingkat. Ini kerana urusan Islam juga masuk secara berperingkat. Selagi ada kemudahan bagi mereka, mereka akan melakukannya, malah menambahnya, dan selagi ada kepayahan, mereka belum mampu melakukannya, dan jika mereka menyusahkan diri juga, maka mereka mustahil melakukannya.” (Syarh Sahih Muslim 6/170)
Malah Imam Bukhari membawakan kepada kita satu athar bahawa amalan berpuasa dalam kalangan kanak-kanak sudah lama dilakukan, malah ia menjadi tradisi pada zaman sahabat. Kisahnya suatu hari Umar al-Khattab telah dihampiri oleh seorang lelaki yang mabuk di bulan Ramadan. Lalu dia berkata kepadanya: “Celaka engkau, kamu berbuka sedangkan anak-anak kami berpuasa.” Lalu beliau menyebatnya dengan 80 sebatan. (Fath al-Bari, bab Puasa Kanak-Kanak)
Ada sebahagian ibu bapa yang menawarkan upah atau hadiah bagi anak-anak mereka yang berjaya menghabiskan puasa Ramadan. Amalan memberi upah ini bukanlah suatu yang melanggari syarak. Malah ia sesuai kepada mereka yang masih kanak-kanak.

Spesis Harimau Malaya Paling Comel Ditemui

KUALA LUMPUR – Dengan kehangatan perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin terasa, ramai yang sudah tidak senang duduk.
Bagi penyokong setia yang sempat membeli tiket pastinya sudah berada di lokasi perlawanan ketika ini.
Bagi yang tidak sempat atau tidak berminat ke stadium, pasti perhatian kini terarah kepada jam menantikan waktu perlawanan bermula.
Matlamat semua rakyat Malaysia malam ini hanya satu, mahu melihat sama ada pasukan negara atau pasukan Singapura atau pasukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (sebab terlalu ramai pemain luar yang diberikan kerakyatan) – siapa yang lebih hebat.
Semua memberikan doa yang satu iaitu kejayaan untuk Harimau Malaya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sempat mengeluarkan satu kenyataan khas pembakar semangat untuk pertemuan malam ini.
Jarang pemimpin-pemimpin tertinggi hendak keluar kenyataan khas sebelum perlawanan….ini memperlihatkan tahap demam bola sepak yang sedang melanda negara ketika ini…sudah mencapai tahap demam panas.
Pihak lain pun tidak ketinggalan memberikan semangat kepada pasukan negara dengan gaya dan cara tersendiri…
Antara yang paling menarik ialah oleh artis terkenal…Lisa Surihani yang memberikan posing istimewa untuk pasukan Harimau Malaya.
Gambar ini kami pinjam (Jangan marah Cik Lisa) daripada Facebook Lisa.
Tanpa perlu fikir dua kali, kami nobatkan Lisa sebagai spesis harimau Malaya paling comel.
Spesis jenis ini mungkin sudah hampir pupus…tapi yang tinggal memang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.
Singa seberang tambak pun cair kalau jumpa harimau macam ni….

Kalau Kita Bersungguh, Kalah Pun Orang Sokong

KUALA LUMPUR – Semua sudah tahu yang Harimau Malaya kecundang di tangan Singapura malam tadi.
Dan itu bermakna impian untuk layak ke Piala Dunia 2014 lebur.
Kita tewas secara aggregat 4-6.
Dahulu kalau pasukan kita tewas pada apa-apa peringkat, pasti maki hamun dan kritikan pedas akan dilemparkan kepada skuad negara.
Namun kali ini situasinya amat berbeza sekali.
Walaupun kita tewas, hampir kesemua penyokong yang ada tetap memuji Harimau Malaya.
Kalau ada yang dikutuk pun, pemain nombor 8, Ismail Faruqi….dengan hati yang tulus….gua pun menyampah kat permainan mamat tu…..rasanya dia tak layak wakili negara…mungkin bukan sekarang.
Tetapi secara umum, komen yang diberikan penyokong sangat positif.
Tetapi….Mengapa kita memuji kalau Harimau Malaya gagal?
Jawapannya mudah sahaja….kita semua dah tengok yang pasukan kita semalam bermain sepenuh hati.
Mereka nyata telah berusaha bersungguh-sungguh sejak awal permainan lagi….tidak ada seminit pun yang mereka leka atau main bersahaja.
Namun…itu permainan bola…bola itu bulat…susah nak agak hasilnya kekadang tu walaupun usaha separuh mati…
Disebabkan Harimau Malaya beri yang terbaik dan semua nampak usaha itu…maka tidak ada sesiapa pun yang marah…kalah pun kita terima ajelah dengan hati terbuka…
Moralnya….kepada pasukan Harimau Malaya…dan apa jua pasukan sukan negara…apa yang dipertontonkan malam tadi adalah sesuatu yang harus menjadi budaya dunia sukan kita…
Berusaha sepenuh hati bila bertemu lawan…kerana kalau dah berusaha namun gagal…penyokong kita akan tetap bersama anda…kerana anda mencuba….bukannya kalah sebelum berjuang.

Kibarkan Jalur Gemilang: Rais

KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, hari ini mengajak rakyat Malaysia supaya mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal menjelang.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu padu dalam usaha meningkatkan perasaan kasih kepada tanah air.
“Tidak ada cara lain pada masa ini selain mengambil sehelai Jalur Gemilang dan mengibarkannya di rumah masing-masing, di pejabat. Inilah cara minimum yang dapat kita sumbang bagi menandakan kita cintakan negara,” katanya.
Rais berkata, usaha mengibarkan bendera Malaysia perlu dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan latar belakang sosial.
“Kalau di negara lain, tanggal merdeka negara itu menyaksikan setiap warganya mengibarkan bendera. Mengapa kita tak boleh buat demikian,” katanya. – BERNAMA


Penyokong Bola sepak Juga Perlu Profesional

PUTRAJAYA – Masanya sudah untuk penyokong bola sepak tempatan bersikap profesional sejajar peningkatan kualiti bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, penyokong sentiasa berharap pemain bermain secara profesional ketika di padang, namun segelintir mereka juga tidak mampu berbuat demikian (bersikap profesional) apabila menonton di bangku stadium.
Ahmad Shabery berkata, penonton di stadium perlu berkelakuan baik, termasuk menghormati lagu kebangsaan negara lain.
“Penyokong harus sedar, jika ada yang berkelakuan kasar, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang akan didenda, dan kemenangan pasukan negara boleh ditarik balik,” katanya selepas menghadiri sidang akhbar berhubung Laporan Pencapaian Piala Monsun 2010 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang penyokong bola sepak tempatan, Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, yang buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Singapura di Bukit Jalil, Khamis lalu. – BERNAMA

MAYAT MANUSIA DALAM PERUT IKAN JERUNG YANG DITANGKAP







POLIS PALING GILA DALAM DUNIA



Remaja Dibedah Keluarkan Pedang Dari Kepala

Para doktor di China telah berjaya membedah seorang remaja 15 tahun bagi mengeluarkan pedang 20 inci yang tertusuk di kepalanya.







Zhang Bin berkata bahawa dia telah mengajak rakan-rakannya untuk ke rumahnya dan salah seorang daripada mereka telah membawa sebilah pedang Jepun.
Ketika mereka sedang bermain dengan pedang tersebut, ianya terlepas dan tertikam Zhang di bahagian antara matanya, menusuk sekurang-kurangnya dua inci di bahagian dahi.
“Tiga rakan sekelas datang ke rumah saya. Ketika itu, rakan saya yang sedang bermain dengan pedang tersebut adalah 10 kaki dari saya. Saya tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Secara tiba-tiba, saya terasa sakit dan darah mula keluar dan mengalir ke muka saya,” kata Zhang.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan, tetapi doktor berkata bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk mengalihkan pedang tersebut. Zhang kemudiannya dihantar ke hospital di Changsha, perjalanan yang mengambil masa empat jam.



Di sana, pedang itu berjaya dialihkan dan Zhang dijangka pulih tIdak lama lagi. “Dia bernasib baik kerana pedang tersebut tidak merosakkan arteri di bahagian tengkorak ataupun mana-mana saraf, jika tidak, nasib Zhang mungkin jauh lebih berbeza berbanding sekarang,” kata salah seorang daripada pakar bedah kepada pihak media China.

GANAS KOT CARA MELATIH ASKAR CHINA BERHENTI MEROKOK

Pertama sekali mereka akan menghisap sepuluh batang rokok sekaligus, kemudian mereka akan diberi minum secawan air yang penuh dengan campuran tembakau dan halia











LAWAN KERA GIGIT MUKA BAYI

MELAKA: “Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga,” kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, tindakan berani warga emas itu berjaya menghalang haiwan liar berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar muka Siti Hajar Abd Razak.

Bagaimanapun, Sti Hajar cedera agak serius dan menerima hampir 30 jahitan di mukanya akibat digigit haiwan liar itu.
Rokiah berkata, ketika kejadian dia baru saja menidurkan Siti Hajar di kerusi buaian di bahagian tengah rumahnya selepas menutup semua tingkap dan pintu.

“Ketika menidurkan Siti Hajar, saya terlelap dengan berbaring di sisinya sambil tangan kanan diletakkan di badannya.

“Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian, saya tersentak apabila mendengar Siti Hajar menangis dengan kuat dan pada masa sama, saya berasa teramat sakit di tangan kanan

PAPA TOLONG JANGAN HISAP ROKOK DEPAN KAMI. pesan anak pada ayah Share

ULAT DALAM TUALA WANITA





POLIS MONYET YANG GARANG.hehe





15 tahun span dalam tubuh

SYDNEY: Seorang wanita Australia yang hidup lebih 15 tahun dengan span sebesar saiz buah limau gedang yang dijahit di dalam tubuhnya selepas menjalani pembedahan di perut akan menyaman doktor terbabit atas kecuaian, lapor akhbar, semalam.
Helen O’Hagan mendakwa span itu ditinggalkan dalam perutnya oleh pakar bedah, Samuel Sakker ketika rawatan kolektomi pada 1992, menurut laporan Sydney Morning Herald.

Helen mengalami kekejangan, demam dan hilang kawalan perkumuhan tetapi menyangka ia disebabkan oleh masalah kesihatan apabila kerap dimasukkan ke hospital, dan tidak mengetahui mengenai kewujudan span itu hingga Oktober 2007 lalu selepas melakukan x-ray. Ketika itu, span berkenaan sudah diseliputi tisu dalam pundi cecair, lapor akhbar itu. Ia dibuang oleh pakar bedah lain pada hari sama ia ditemui.


Helen berhak menyaman Sakker atas kecuaiannya atau salah laku dalam menjalankan tugas ekoran insiden itu, walaupun pakar bedah itu kini sudah bersara dan meminta kes itu digugurkan kerana Helen mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

Hakim Leonard Levy menerima keadaan tidak menentu kesihatan Helen yang dimasukkan ke hospital sebanyak 23 kali sejak 1970. Dia tidak menanyakan bagaimana span itu boleh berada dalam tubuhnya. Penangguhan itu disebabkan pakar bedah yang membuang span berkenaan dihantar ke tempat lain selama tiga tahun dan tidak memberitahu Helen span itu ditinggalkan Sakker hingga ia didedahkan pada Mei lalu.


Kes itu akan dibawa ke mahkamah minggu ini.

LUKIS LUKA GUNA PEN.TERBAIK.




MATI KERANA LAMAN SOSIALFACEBOOK



KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan. 

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.



Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.