Khamis, 11 Ogos 2011

Awas Page Phishing!


Dulu, myspace pernah menghadapi sitausi sukar apabila terlalu banyak page phishing dihasilkan. Page phishing itu dibuat untuk mengumpat pemilik akaun myspace supaya mendaftar masuk ke page palsu tersebut, lalu pihak yang membuat page phising itu memperoleh password pemilik akaun itu dengan mudah.

Penipuan dilakukan dengan menggunakan layout yang sebijik macam myspace punya. Lalu, pemilik akaun tanpa ragu-ragu terus mendaftar masuk. Satu lagi taktik adalah mereka menggunakan domain 'rnyspace.com' yang seolah-olah berupa 'myspace.com' untuk mengaburi mata pemilik akaun.

Kali ini, facebook pula. Tak percaya, tengok gambar di bawah:



lihat URL 'facebook' ini: http://securemylife.t35.com/Html%20script.htm

Inilah dalang phishing yang menggunakan helah blog walking di blog. Nak maki apa ye orang penipu macam ni?



Harap kita berhati-hati untuk mendaftar masuk apa sahaja akaun yang kita ada. Tengok betul-betul URL kat atas tu...

Aneh | Seorang Wanita Miliki Puting di Telapak Kaki

Pelik dan sungguh aneh sekali...tao pon tak tau nak kata camner la ley lari ke tapak kaki, Jauh bebeno. Ish-ish pelik-pelik... camner la dye rasa kalau dye jalan tak sakit ker? bukan sensetif ker part tuh !


LONDON | Seorang perempuan mengaku memiliki sebuah puting susu ekstra di telapak kaki kirinya.

Puting susu tambahan ekstra berusia 22 tahun itu terungkap setelah dia berkonsultasi ke dokter.


Perempuan yang tidak disebutkan identitinyer dan asal negaranya itu menyatakan puting susu ekstra yang berada di telapak kaki kirinya berdiameter 5,08 sentimeter namun tidak pernah menyebabkan rasa sakit.


Berdasarkan Jurnal Dermatologi California, yang dikeluarkan Dailymail, Selasa (19/7/2011) walaupun satu dari 50 perempuan dan satu dari 100 lelaki memiliki jaringan payudara ekstra, namun baru kali ini ditemukan puting susu ekstra itu berada di telapak kaki.

Biasanya puting susu ekstra ini terdapat di bagian tubuh yang masih sejajar dengan payudara, misalnya di dekat ketiak atau punggung. Puting susu ekstra di telapak kaki perempuan tersebut dilengkapi dengan areola dan rambut di sekitar puting.

Lily Allen, Zac Efron, dan Mark Wahlberg adalah para selebriti yang juga memiliki puting susu ekstra.(rhs)

Benda pelik yang di lontar penonton ke padang bolasepak

Sepanjang sejarah bolasepak, ada banyak supporter yang fanatik terhadap kelabnya. Dan banyak cara juga mereka apresiasikan untuk kelab tercinta dari nyanyian untuk memeriahkan suasana hingga bunyi petasan yang membahana di stadium. Itu semua mereka lakukan untuk menunjukan bahawa mereka ada di sana sebagai pemain ke-12.

Tapi terkadang para fans fanatik ini terlalu jauh dalam mengapresiasikan sebuah kelab kesayangan mereka. Berikut ini adalah 10 benda teraneh yang pernah dilempar supporter ke dalam lapangan bolasepak sepanjang sejarah.

1. Bola Pantai

Terjadi di Scotland pada pertandingan Celtics vs Glasgow.


2. Kepala Babi


Ini merupakan bentuk kekesalan fans Barcelona terhadap Luis Figo, kerana Figo pindah ke Real Madrid yang merupakan musuh Barcelona.


3. Scooter


Ini terjadi pada saat pertandingan Inter Milan vs Atalanta. Sebelum pertandingan dimulai, fans Inter mencuri scooter dari fans Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium. Scooter di simpan di tempat kosong di dalam Stadium San Siro dan berusaha dicampakkan ke dalam padang.


4. Arnab


Ini terjadi di Yunani, ketika pertandingan pasukan Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung.


5. Vibrator


Supporter gila di Argentina melemparkan vibrator ke dalam lapangan.


6. Babi


Ini terjadi pada salah satu kelab di Poland


7. Botol Whisky


Terjadi di Sepanyol tahun 2006, pada saat pertandingan Atletico Madrid vs Sevilla.


8. Donat


Supporter Hajduk Split (Croatia) memprotes presiden kelab mereka dengan melempar donat ke dalam lapangan. Kebetulan Presiden Kelab mereka mempunyai perusahaan kuih donat.


9. Granat Tangan


Dalam pertandingan pada tahun 1966 pertandingan antara Millwall dan Brentford di Den Lama, seseorang dari penonton melemparkan granat pada Brentford penjaga gol Brodie Chic, yang mendarat tepat di tujuan.

Setelah mendapatkan lemparan dari penonton, Brodie meminta penjaga garisan untuk datang memeriksa benda apa yang dilempar untuknya, setelah itu dia mendapati bahawa benda itu granat, dia langsung mengisyaratkan semua pemain untuk meninggalkan lapangan secepat mungkin.


10. Bola Tenis


Para penggemar Hull City memutuskan untuk melempar bola tenis pada pertandingan Piala Liga di Stadium Reebox melawan Bolton untuk mendapatkan perhatian media Lloyd, Dan mereka telah berhasil untuk mendapatkan perhatian.

Arlene Tan Buat Laporan Polis



Nampaknya Arlene Tan ini telah memfailkan laporan polis terhadap GaySec. Bukan itu sahaja malahan dia juga memberikan nombor2 telefon orang2 yang telah membuat panggilan dan SMS ugutan kepadanya. Dia juga mengatakan telah printscreen blog2 yang telah menyebarkan maklumat berkenaan beliau. Hurm, blog aku tak ada rasanya kan.. Haha..
Semoga pendedahan yang dibuat GaySec ini benar kerana dosa memfitnah orang lebih besar dari membunuh. Nak tengok entry tentang Pendedahan dari GaySec dan MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara mengamuk.

Arlene Tan Bukan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

2 hari lepas, kecoh tentang penbongkaran Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara oleh pasukan pengodam Gaysec. Ramai yang mengutuk beliau(Arlene Tan). Tapi kita sebagai hamba Allah tak sepatutnya bertindak melulu tanpa usul periksa. Nasib aku tak terlibat sama mengutuk beliau. Bagi aku kalu pun dia bersalah dalam entri2 dia yang kurang sopan tu, kita x sepatutnya menghukum individu itu sedemikian rupa. Islam itu kan indah. Patutnya kita membimbing beliau ke jalan yang benar. Memang da jelas sekali yang dia mempunyai fahaman yang serong dan negatif (Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara). Kenapa dia berfikiran demikian? Itu yang sepatutnya kita siasat. Di mana salahnya didikan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu, sedangkan dia seorang yang beragama Islam.

Dan kenyataan yang sebenar, Arlene Tan bukan lah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara seperti yang digembar gemburkan. Beliau telah pun membuat laporan polis mengenai pengodam Gaysec atas alasan mengfitnah. Baca lebih lanjut di sini The Truth behind Gaysec Accusations.

Misteri! Bongkah Ais Di Hutan Milovice Czech Republic


Bongkah ais yang mengagumkan telah diukur dengan diameter 2m menurut pemeriksa yang juga saksi semasa mengambil video dan dimuat naik di YouTube.

Berdasarkan oleh kegoyahan klip video itu, saksi itu percaya ia adalah benar dan boleh jadi bentuk UFO. Pandangan tersebut juga seolah-olah disokong oleh penerbit berita, yang menerima tip-off mengenainya dari Pusat Pelaporan Global UFO.
 

Blok ais yang tidak dikenali seolah-olah berada di tengah-tengah trek atau laluan dalam hutan dan ia mempunyai garisan mendatar dan menegak yang terbenam ke dalam menjadikan ia agak menyerupai rumah igloo. Mungkin ia menjadi misteri besar, dimana dari mama ia berasal,kerana tidak ada tanda-tanda ais atau salji di tempat lain di hutan itu. Ini memberikan kepercayaan dan pendapat bahawa ia benar-benar datang dari angkasa lepas.

Snap pic yang sempat diambil dari wordpress Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.

AWAS: AMARAN KERAS : HANYA UNTUK MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN SAHAJA, KERANA PENULIS TIDAK MAHU MENGGUGAT IMAN DAH AKIDAH MUDA-MUDI, JIKALAU ADA PEMBACA DIBAWAH UMUR, SILA MEMBUAT PERTIMBANGAN, DAN JANGAN SESEKALI MEMPERCAYAI ISI KANDUNGAN DALAM WORDPRESS TERSEBUT.

Siapa yang belum bekesempatan membaca laman wordpress Hajjah Sitt AlWuzara yang telah menghina Islam secara terang-terangan. Boleh lah membacanya pada entry ini. Gambar snap dari wordpress ini telah lama disimpan dalam hardisk ni, cuma baru-baru ini dikeluarkan untuk memastikan kita harus mempertahankan ajaran Islam dan menolak sekeras-kerasnya tohmahan tak berasas beliau.


Identiti makcik Hajjah Sitt AlWuzara telah pun dikenal pasti setelah digodam oleh gaysec dalam OPS RAMADHAN. Kita sudah tahu siapa pembuat laman wordpress tersebut. Untuk membaca kandungannya, sila klik gambar dibawah untuk membesarkannya.

Gambar diatas dummy jer... :)
klik link untuk download gambar yang clear ke pc anda : Makcik Hajjah Sitt AlWuzara.
sumber gambar blur tu diambil dari rilekslah!

Streamyx Account Hacking: How It's Done

Hanya dengan sedikit pengetahuan anda boleh dapatkan beratus-ratus mahupun beribu-ribu akaun Streamyx, samada yang berkelajuan 384kB, 512kB, 1MB dan 2MB. Apa yang ingin saya kongsi bukanlah cara-cara macam mana hacking Streamyx dilakukan, tetapi lebih kepada sekuriti untuk account.

Sedikit overview macam mana TMNUT Streamyx account dilakukan :

1. Bila modem anda melakukan connection ke ISP, automatically anda boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia, tetapi, begitu juga dengan pengguna internet yang lain. Seterusnya, anda akan mempunyai IP address tersendiri yang diberi oleh ISP, iatu External IP Address. External IP address merupakan translation bagi Internal IP Address anda. Contoh, katakan Internal IP Address anda ialah 192.168.xxx.xxx, External IP Address anda pula ISP akan automatic bagi dan IP yang telah direservekan untuk pengguna Streamyx pula ialah 60.x.x.x, 219.x.x.x, 218.x.x.x.

2. Secara umumnya, banyak cara yang pengguna internet boleh berhubung, salah satu ialah melalui HTTP connection yang berada pada port 80.
Seterusnya membolehkan sesetengah hacker yang kejam meng-access ke dalam router mahupun modem anda.

Explanation: Scanning spesifik IP Address (cant go more details, illegal !)


3. Apabila pengguna internet yang di luar (yang di luar bermakna bukan dari Network anda) dah dapat IP Address anda, individu tersebut boleh terus berhubung dengan router/modem anda melalui HTTP connection(port 80). Gotcha !


Dengan sedikit penerangan di atas, di sini saya ingin memberi sedikit penekanan kepada pengguna Streamyx:


1. Modem/Router Web Interface Access Control
- Kita sering kali mengambil mudah dengan sekuriti (rakyat Malaysia memang terkenal =P). Kebiasaannya, pengguna Streamyx tidak mengubah password(kata laluan) pada web interface yang mana amat mudah untuk dimasuki oleh pengguna Internet di luar, seterusnya berlakulah kecurian login id dan password anda.


2. Streamyx Account.
- So, di sini lah dimana kejadian kecurian yang berleluasa berlaku. Apabila penggodam itu dah berjaya melepasi Web Interface anda yang hanya ID/PASS admin:admin, admin:password, tmadmin:tmadmin and so on, penggodam tersebut telah berjaya mencungkil setiap info yang ada di dalam, dan apa yang paling menarik minat penggodam tersebut, semestinya internet account. Streamyx pula terkenal dengan default passwordnya iaitu tmnet123, ftx123 n so on(xigt =P) Oh, walaupun password hanya dipaparkan dengan asterisk (********), hanya dengan satu click sahaja asterisk itu boleh ditukarkan kepada abjad. Maka, godaman berjaya !


Advices From Syed's Blog:


Sebagai nasihat, wajib lah kepada pengguna Streamyx untuk menukar Web Interface ID/Password dan Streamyx Account Password.


- Tukar default Web Interface password (admin:admin,tmadmin:tmadmin, etc) kepada sesuatu yang amat sukar untuk dijangka.

- Contact TMNET untuk tukar Password Streamyx, kalau boleh paling kurang 8 perkataan (huruf + nombor, lagi bagus)


* Sambil-sambil saya menulis artikel ini, saya pon cuba la jugak, sbg bukti.

(click to enlarge)

(click to enlarge)

* Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman. Memang menjadi hobi Hacking Streamyx Account dulu kala. Tapi itu dulu kala la, zaman persekolahan yang mana otak pon mereng lagi. Aktiviti itu dah saya tinggalkan, just kadang-kadang je masuk, itupun sekadar nak "belajar" (yer betul, xcuri pon =D ) Sekarang ni saya lebih kepada sharing sekuriti plak. Bukan apa, korang tak pedih ke tiba-tiba tak dapat nak buat connection..

Blogger Should Care With Their Own Blog Page Loads

Greetings. Sedikit sharing kepada blogger yang masih tidak mengamalkan trend blogging masa kini, hehe. Ingin saya berkongsi sedikit "web tool" yang saya rasa amat berguna kepada blogger.


Blog walking memang best sebenarnya, tapi, ade jugak partnye tak best, bila blog itu ambil masa yang tak sepatutnya untuk load.

*Cuba anda bayangkan apabila anda visit blog seseorang, lame plak anda kene tunggu blog die nak habis load, mesti boring kan, lebih-lebih lagi kalau tengah sronok nak bace artikel-artikel dorang.

*Kalau page load blog anda ambil masa yang lama, tambah lagi dengan visitor yang ramai, lagi lah berlaku kesesakan lalu lintas.

*Laman web yang ambil masa yang lama untuk page loading jugak akan di"ignore" oleh Search Engine spt. Google, Yahoo & Bing, sebab robot die malas nak tunggu web yang slow. ^^

So kalau tak keberatan cuba la test kelajuan blog/website anda untuk load.

Ni best site for test page load.

- GTmetrix
- PingDOM