PENYOKONG bola sepak tegar The Red Warriors, Ultras Kelate berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bersikap adil dalam membuat keputusan mengenai kes Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa yang bakal dijatuhi hukuman, hari ini.
Jurucakap Ultras Kelate yang enggan dikenali berkata, FAM perlu telus dan tulus kerana mereka berpendapat, Annuar teraniaya dan ada unsur ‘cah keting’ dalam FAM.
“Kami rasa, ada pihak cuba mensabotaj Tan Sri yang memegang kedudukan kedua tertinggi dalam FAM. Kita harap, keputusan hari ini biarlah berlangsung dalam suasana penuh keadilan,” katanya yang menganggarkan kira-kira 100 ahli termasuk Ultras Malaya hadir berhimpun di Wisma FAM nanti.
Menurutnya, jika keputusan tidak memihak kepada Annuar, Ultras Kelate akan membuat demonstrasi sekali lagi bagi menuntut pembelaan sewajarnya.