Jumaat, 6 April 2012

.Nazmi mahu perbaiki prestasi


Nazmi Faiz







































PUTRAJAYA - Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor tekad mahu memperbaiki kelemahan pada saingan Liga Singapura musim ini.
Nazmi mengakui prestasinya ketika ini tidak berada pada tahap terbaik sehingga pernah menerima teguran daripada jurulatih Ong Kim Swee.
Menurut Nazmi, jurulatih telah memberikan peluang kepadanya beraksi dalam kesebelasan utama pada perlawanan lepas dan telah memanfaatkannya dengan baik.
"Sasaran peribadi sasaran saya pada musim ini dalam Liga Singapura adalah untuk menjaringkan gol sebanyak mana yang boleh agar dapat membantu pasukan berada dalam kelompok lima pasukan teratas.
"Memang saya akui prestasi saya sedikit menurun mungkin kerana terpaksa bersaing dengan pemain-pemain lain yang jauh lebih hebat," kata Nazmi.
...

‘Satu kehilangan besar’





BAGI saya, ia satu kehilangan kerana beliau banyak menyumbang kepada sukan bola sepak tapi tak semestinya orang yang banyak memberi sumbangan kebal daripada dikenakan tindakan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengulas hukuman penggantungan dua tahun enam bulan ke atas Tan Sri Annuar Musa.
“Memang Tan Sri banyak memberi sumbangan dalam sukan ini terutama bola sepak Kelantan tapi dalam dunia bola sepak, setiap pemain termasuk pegawai dan pemimpin perlu mematuhi disiplin tertentu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Standard Chartered Fun Run 2012 di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Zaidon Asmuni dan Ketua Pegawai Eksekutif Standartd Chartered Bank Malaysia, Osman Morad. Acara larian Standard Chartered yang dijadual berlangsung di Putrajaya pada 26 Mei ini diadakan sempena sambutan Hari Belia 2012, dengan seramai 8,000 peserta dijangka mengambil bahagian. Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kementeriannya akan memberikan elaun RM2,500 kepada atlet sukan pedang bagi kelayakan Sukan Olimpik akan datang. “Kita akan memberikan bantuan yang diperlukan Persatuan Lawan Pedang bagi memastikan setiap atlet sukan itu memberi impak besar.

“Saya mengucapkan tahniah kepada atlet lawan pedang, Yu Peng Kean kerana berjaya melayakkan diri ke temasya London 2012. “Saya terkejut dan gembira kerana tak pernah terlintas dalam fikiran sukan ini dalam agenda kita,” katanya. Baru-baru ini, atlet sukan lawan pedang, Peng Kean berjaya melayakkan diri ke temasya London 2012 berpandu kepada kiraan mata serta kedudukan tempat kesembilan dan ketujuh pada Kejohanan Asia 2010 dan 2011.

Kelab penyokong Kijang anggap hukuman kejam





KELAB penyokong Kelantan menyifatkan hukuman tanpa rayuan yang dikenakan terhadap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa sebagai tidak adil.
Pengerusi Kelab The Red Warriors Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain berkata, hukuman penggantungan jawatan dua tahun enam bulan yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan, malah lebih kejam kerana tiada ruang untuk Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu membuat rayuan.

Katanya, hukuman itu seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan kedudukan pasukan The Red Warriors kerana dalam tempoh hukuman itu, perancangan pasukan putih merah dari Pantai Timur itu akan terjejas.
“Hukuman itu tidak setimpal kesalahan yang dilakukan kerana mahkamah juga memberi peluang kepada pesalah membuat rayuan dan keputusan FAM ini seperti ingin menjatuhkan pasukan negeri.“Namun, kita harap penyokong bersabar kerana percaya, Tan Sri (Annuar Musa) pasti mempunyai rancangan seterusnya untuk menangani isu ini,” katanya.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, Mahizi Mahmood pula berkata, peminat bola sepak Kelantan sedih dan kecewa dengan tindakan FAM melarang Annuar membabitkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Bagaimanapun, pihaknya berharap pemain menumpukan perhatian terhadap perlawanan bagi membuktikan The Red Warriors masih mampu bersaing.

Bahana Artikel 88


Datuk Taufek Abd Razak
Datuk Taufek Abd Razak
TIDAK Semena-mena Artikel 88 peraturan 2010-2014 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cukup popular bagi mereka yang mengikuti secara dekat perkembangan kes Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa yang menerima nasib malang apabila diharamkan terbabit sebarang aktiviti bola sepak selama dua tahun enam bulan berkuat kuasa kelmarin.
Bagi mereka yang menyokong tindakan Annuar mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengenai prestasi semasa skuad kebangsaan kepada pihak media, pastinya menganggap hukuman yang tidak boleh dirayu itu terlalu kejam dan seakan-akan tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu.

Tapi Annuar tersilap langkah apabila secara sedar ataupun tidak, sebagai ‘orang dalam’ badan induk bola sepak tanah air, mulutnya sebenarnya sudah terkunci daripada memberi kritikan ataupun berbicara hal-hal FAM yang menyaksikan beliau disabitkan dengan dua pertuduhan.
Sama ada suka atau tidak, perkara ini sudah tertulis dalam Artikel 88 bahawa hanya Presiden dan Setiausaha Agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak yang mengendalikan kes itu berkata, tidak akan wujud pertikaian berhubung Artikel 88 jika ada pihak yang membuat cadangan untuk menggubal peraturan itu, sebelum ini.

“Statut adalah undang-undang tubuh FAM. Kalau ada perkara yang meragukan, ‘sit down’ (duduk berbincang) dan pinda, tapi setakat ini tidak ada yang berbuat demikian. Sebelum ini sudah ada kes membabitkan jurulatih B Sathianathan, Redhuan Abdullah, Abdul Rahman Ibrahim, Wan Jamak Wan Hassan (digantung kerana membuat kritikan) tapi ‘nobody cares’. Ini yang menjadi masalah.
“Pihak luar tak fikir mengenai perkara ini, mereka hanya akan buat tuduhan yang bukan-bukan kepada FAM,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kes perbicaraan Annuar kelmarin.

Annuar dikenakan hukuman kerana dua pertuduhan - membuat kenyataan menerusi media cetak dan elektronik, serta melanggar arahan dikeluarkan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat Exco FAM, 4 Februari lalu. Kesalahan itu diambil kira menerusi kritikan beliau terhadap prestasi skuad kebangsaan ketika ditanya pemberita pada 13 Mac lalu.
Kerana hukuman itu, tokoh pembangunan bola sepak Kelantan itu terpaksa berehat daripada menjalankan tanggung jawab sebagai Timbalan Presiden FAM, Pengerusi Malaysia Super League (MSL), Pengerusi Bola Sepak Wanita, Timbalan Pengerusi Skuad Bola Sepak Kebangsaan dan Presiden Kafa.

Beliau pegawai FAM ketiga dikenakan hukuman selepas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada 1991 dan 2007.

Bekas pemain kebangsaan 1976-1985, Khalid Ali pula berpendapat hukuman lebih dua tahun itu tidak patut jika Jawatankuasa Tatatertib FAM mengambil kira sumbangan besar yang dimainkan Annuar kepada pembangunan bola sepak di Kelantan dan di peringkat kebangsaan.

“Pada saya tidak ada silapnya kenyataan yang dikeluarkan Annuar itu kerana ia sekadar teguran dalam memastikan peningkatan skuad kebangsaan. Ia bukan komen yang merosakkan skuad kebangsaan, kenapa perlu mengambil serius perkara itu. FAM adalah hak rakyat dan biarlah ada orang yang bersuara demi kemajuan bola sepak, takkan sudah berjaya langsung tidak boleh dikritik.

“Bagi saya menghukum Annuar adalah tindakan bodoh jika mengambil kira sumbangan beliau,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Bola Sepak Malaysia : Jangan Sesekali Tegur FAM!! Di Mana Arah Tuju Pasukan Malaysia Selepas ini?


Bola Sepak Bola Sepak Malaysia : Jangan Sesekali Tegur FAM!! Di Mana Arah Tuju Pasukan Malaysia Selepas ini?
Apakah rakyat Malaysia ini mahu dilihat sebagai hamba kepada orang-orang kenamaan? Pastinya tidak ada yang mahu dianggap sebegitu rupa. Zaman sudah berlalu. Walaubagaimanapun, budaya hormat-menghormati pasti tidak akan ditinggalkan sama sekali. Pemikiran Rakyat Malaysia sudah jauh…………..bergerak kehadapan. Tetapi, sayangnya masih ada berfikiran di zaman 500 tahun yang lampau….

Jangan Hina Sultan Pahang

bola sepak di Malaysia Bola Sepak Malaysia : Jangan Sesekali Tegur FAM!! Di Mana Arah Tuju Pasukan Malaysia Selepas ini? CHENOR – Golongan muda dalam Mukim Bukit Segumpal, dekat sini, mendesak sekumpulan penyokong bola sepak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kerana bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan biadab terhadap baginda, baru-baru ini.
Pengerusi Persatuan Belia 4B Kawasan Maran, Azman Abdul Rafar berkata, kenyataan kumpulan terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Sultan Pahang selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). (Sumber : Sinar Harian)
Sekarang kami mahu bercerita berkenaan berkenaan nasib bola sepak Malaysia. Apatah lagi, ia ada kena mengena dengan isu baru-baru ini yang berbangkit melibatkan kritikan terhadap pengurusan tertinggi FAMApabila ditanya, kalangan daripada pembaca di sini, berapa ramai penyokong setia bola sepak Malaysia?
Pasti ramai yang tersenyum sendirian tanda menyokong. Jangankan orang lain, kalangan kami sendiri merupakan penyokong setia bola sepak Malaysia. Setiap perlawanan kami terus-menerus meletakkan harapan dan kepercayaan ke atas pasukan Malaysia. Itu sebablah, kami kalau bolehmahu menyiarkan dan menyediakan laporan bagi setiap detik perlawanan penting dan perkembangan melibatkan pasukan Malaysia. Hasilnya? :
Ada masa pasukan Malaysia “di atas” dan ada masa juga pasukan Malaysia berada “di bawah”
Ya…benar. Pasukan Malaysia memang ada beroleh kejayaan yang membanggakan. Tetapi secara keseluruhannya, prestasi bolasepak Malaysia sudah jatuh merudum. Baru-baru ini, barulah tampak ada kebangkitan, itupun “belum kering lagi air mata kegembiraan penyokong bola sepak Malaysia di atas kejayaan sebelum ini” sudah mula kelihatanbola sepak Malaysia mahu” tergolek semula”. Bila kejadian ini, berlaku kebiasaannya pemain & jurulatih sahaja dipersalahkan. Mengapa? Yang lain-lain hanya “cuci tangan sahaja”?
Kami teringat satu pepatah orang tua dahulu berkata :
“kalau buat tapai jadi masam, kita buang tapai itu tetapi kalau sudah dua tiga kali masih masam kita terpaksa buangkan raginya”.
FAM Malaysia Bola Sepak Malaysia : Jangan Sesekali Tegur FAM!! Di Mana Arah Tuju Pasukan Malaysia Selepas ini? Macam itu jugalah keadaan bola sepak Malaysia. Kalau empat, lima kali kalah dan prestasi pemainan bertambah teruk kita rombak semula pemain dan jurulatihnya. Tetapi sudah berpuluh tahun, tahap bolasepak Malaysia masih lagi tidak menampakkan “cahaya kebangkitan yang sebenar”, kami merasakan sudah tiba masanya pengurusan tertinggi FAM perlu dirombak dan “dibersihkan semula”.
  • bola sepak Malaysia tidak perlu banyak campur tangan politik untuk berkembang maju
  • tetapi bola sepak Malaysia perlukan penyatuan pemain, jurulatih dan pengurusan tertinggi yang benar-benar mahir dan juga berpengalaman dalam dunia bola sepak, barulah ada “impaknya”
  • malangnya, apabila diletakkan kalangan yang tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, inilah jadinya
Sekarang yang yang menjadi isu dalam bola sepak Malaysia hari ini adalah melibatkan kritikan terhadap Presiden FAM. Sehinggakan tempoh hari, laman web rasmi diceroboh masuk dan tertera “mesej jelas” kepada pengurusan tertinggi FAM.
Bola Sepak Malaysia Bola Sepak Malaysia : Jangan Sesekali Tegur FAM!! Di Mana Arah Tuju Pasukan Malaysia Selepas ini? Terus terang kami katakan, kami sendiri tidak bersetuju langsung Sultan atau kerabat diRaja, menjadi orang nombor satu dalam persatuan. Tak kiralah FAM atau persatuan apa pun. Kalau tak boleh dikritik sampai bila mutu bolasepak nak maju dan meningkat? Apabila ditegur dikatakan menderhaka? Sedangkan teguran dan kritikan itu adalah ke arah kebaikan bola sepak Malaysia. Dalam isu baru-baru ini, yang tegur pun adalah merupakan “orang kanan dalam FAM”. Akibat daripada teguran dan kritikan tersebut, beliau akhirnya dihukum………………………..
Biasanya, kalau bagus orang pun tak kritik. Tetapi hakikatnya bola sepak Malaysia lebih dilihat “filip-flop” setiap kali bermain.
Sudah teruk prestasinya, tetapi tidak boleh ditegur dan dikritik? Sistem apakah yang digunapakai?
Bukan niat kami untuk menghina, tetapi ia adalah impian kami dan kami juga pasti kalangan peminat bola sepak Malaysia mahu melihat semula prestasi bolasepak sepak bertambah baik.
Apa yang boleh kami katakan, eloklah berundur secara terhormat sebelum nasib bola sepak Malaysia menjadi semakin nazak. Sepatutnya kerabat diRaja atau para parti politik tidak perlu memegang jawatan dalam persatuan sukan. Sudah tiba dan ketikanya, berilah peluang dan ruang  kepada individu yang benar-benar arif tentang sukan berkenaan.
Peluang dan ruang sudah diberikan, kini terpulang kepada empunya diri dan kelompok-kelompok tertentu untuk membuat pilihan dan keputusan yang terbaik samada masih sayangkan nasib bola sepak Malaysia ataupun jawatan dan kedudukan?
P/S : Sukan hoki pun kami perhatikan sekarang ini semakin merudum, “entah apa silapnya”. Apa pemerhatian anda dengan prestasi bola sepak Malaysia ketika ini? Cadangan? Teguran?

Ultras Kelantan rancang bantahan aman


Ultras Kelantan













MENYIFATKAN hukuman­ penggantungan dua setengah tahun yang dikenakan kepada bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tidak wajar dan Ultras Kelantan mengadakan perhimpunan­ aman bagi menyuarakan bantahan.

Jurucakap Ultras Kelantan yang enggan dikenali berkata, hukuman dikenakan FAM terhadap Annuar tidak sepatutnya berlaku jika ingin melihat perubahan dalam industri bola sepak negara.

“Komen yang dinyatakan beliau adalah membina dan bukannya memburukkan sesebuah pasukan mahupun individu, kami semua terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya.

“Ultras Kelantan akan tetap memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bagi kerana kita menyokong apa yang betul dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Katanya, Ultras Kelantan merancang mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman berkenaan dalam masa terdekat.

“Kita akan mengadakan perbincangan bersama ahli untuk mendapatkan pandangan­ dan sokongan sebelum sebarang keputusan diambil.

“Buat masa ini kita masih belum menetapkan bila dan dimana bantahan akan diadakan,” katanya.

Harimau Malaya diuji hujung bulan ini



Harimau Malaya












PETALING JAYA - Skuad bola sepak kebangsaan bakal diuji oleh sebuah negara luar dalam satu perlawanan persahabatan penghujung bulan ini sebagai persediaan awal mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi di Indonesia pada 2010.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan negara berkenaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan rundingan dengan persatuan bola sepak negara itu.

"Perlawanan itu mungkin diadakan di sini namun saya tidak mahu dedahkan terlebih dahulu kerana FAM yang akan mengumumkannya selepas selesai rundingan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen  "You're not you when you're hungry" oleh Snickers di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rajagobal dan dua pemain Mohd Safiq Rahim dari pasukan Selangor dan S. Kunanlan dari Negeri Sembilan dilantik sebagai "Duta Snickers".

FAM sebelum ini dipercayai telah menghantar surat permohonan kepada Persatuan Bolasepak Thailand dan Persatuan Bolasepak Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan namun terpaksa ditolak oleh kedua-dua negara disebabkan komitmen liga domestik negara-negara itu.

Rajagobal berkata, beliau akan menampilkan beberapa muka baru dalam skuad Harimau Malaya itu apabila menghadapi beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan atau luar.

"Mungkin beberapa pemain dari Sarawak, Kedah atau Kelantan ataupun Harimau Muda A. Saya hanya akan mengetahui keupayaan sebenar skuad kebangsaan kita sehinggalah saya benar-benar berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain kita," katanya.

Setakat ini, hanya Persatuan Bolasepak Singapura yang menyatakan persetujuan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' menentang skuad  kebangsaan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 8 Julai, dan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 12 Julai. – Bernama

Kelantan benam Arema FC 3-0

KOTA BHARU, (Bernama) - Kelantan mencatat kemenangan pertama pada saingan Piala AFC apabila menewaskan Arema FC dari Indonesia 3-0 pada perlawanan ketiga kumpulan H di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar menjadi wira The Red Warriors apabila melakukan hatrik melalui jaringan pada minit ke-23, 47 dan 89.
Kelantan yang bermain tanpa tonggak utama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Azizi Mat Rose lebih banyak menguasai permainan pada perlawanan itu.
Pasukan lawan bagaimanapun cuba bangkit dengan melakukan beberapa asakan, namun percubaan lemah pasukan pelawat gagal mencipta jaringan.
Ini adalah kemenangan pertama Kelantan pada saingan peringkat kumpulan. Sebelum ini kedua-kedua dalam kumpulan H itu masing-masing mencatat satu keputusan seri dan satu kalah.
Kelantan seri tanpa jaringan dengan Navibank Saigon dari Vietnam dan tewas 1-3 kepada Ayeyawady United dari Myanmar manakala Arema FC dari Indonesia pula seri 1-1 dengan Ayeyawady dan tewas 1-3 dengan Navibank.
Kelantan akan bertemu Arema FC pada perlawanan timbal balik pada 10 April di Surabaya, Indonesia.
Terdahulu, lebih 10,000 penyokong gamat seketika apabila melihat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa yang turut hadir memberikan sokongan dengan melaungkan kata-kata 'Hidup Tan Sri' sebagai sokongan selepas beliau dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang ini.
Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM, hari ini digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Butler sedia kembali ke Liga M


Image © Arena.my 
Peter Butler (Gambar) berkata bahawa kontraknya bersama KAFA ditamatkan secara baik.

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Bekas jurulatih Kelantan, yang ditamatkan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),  Peter Butler menyatakan kesediaannya untuk kembali dalam kancah bola sepak Malaysia jika ada tawaran.
Butler menganggap keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan pertikaian antara dirinya dengan KAFA yang didakwa berkaitan dengan pemilihan pemain import.
Butler turut menegaskan sekali lagi bahawa kontraknya bersama KAFA ditamatkan secara baik dan menafikan dia dipecat oleh bekas majikannya seperti yang didakwa pelbagai pihak sebelum ini.
Ditanya jika ada tawaran menarik untuk kembali menjadi jurulatih liga bola sepak Malaysia, jurulatih berusia 46 tahun ini, memberi jawapan positif dan sedia menimbangkannya.
Butler  kini  sedang menabur khidmatnya buat sementara mengendalikan sebuah kelab bola sepak di Balik Papan, Indonesia.
Semasa Peter Butler membimbing Kelantan, pasukan itu meraih naib juara Piala Sumbangsih dan daripada 8 perlawanan Liga Super, Kelantan berjaya menang 5 daripadanya.