Rabu, 3 Ogos 2011

Gambar isteri Shahril Ishak yang menghina Safee Sali

Hebak sungguh akak sorang nih...glemer betul kat twitter. Ni semua gara-gara 'jari cabul' yang mengutuk Safee Sali dan Amirul hadi macam monyet. Sekarang tahu pulak nak delete account...tu lah kak, lain kali fikir panjang okeh....ini Harimau Malaya bukan sebarang harimau haaa =)

sumber gambar google... =)



muka cun tp mulut.......

Apa yang dia tweet?


"Saya Buat Macam-Macam Atas Katil" - Kenyataan Berani Fazura

Kontroversi yang melanda aktres jelita ini bersama seorang pelakon baru, Neelofa sudah sampai penghujungnya. Apatah lagi, Fazura kini enggan menjawab segala pertanyaan mengenai konflik yang berlaku di antara mereka. Baginya, apa yang dijelaskan kepada pihak media sudah memadai.
Istimewanya, pelakon ini mempunyai sisi tarikan yang jarang terdapat pada selebriti lain. Walaupun dipalit dengan kenangan pahit, namun ia tidak sedikit pun mengugat nilai komersial yang dimiliki oleh pelakon utama Tahajjud Cinta ini.
Sering memanggil peminatnya sebagai ‘darling’, itu adalah panggilan istimewa buat peminat yang sering menyokong kerjayanya. Dan sebagai ganti, Fazura tampil berani berkongsikan perkara-perkara yang sering dilakukannya di atas katil. Ehem!
“Saya buat macam-macam atas katil”, satu kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Fazura dalam majalah Cosmopoliton edisi Ogos 2011. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh dapatkan senaskah majalah ini di kedai mamak berhampiran. Mana tahu, ada rahsia peribadi yang ingin dikongsikan bersama peminat. Enjoice!

Sosej Pulut Ada DNA Babi

Kesan DNA babi
KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.


Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.



“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Safee Sali & Amirulhadi Dihina Sebagai Monyet Oleh Isteri Ketua Pasukan Singapura

Berita Harian (sumber asal) sebentar tadi mengeluarkan laporan yang mengejutkan ramai pihak mengenai isu penghinaan melalui Twitter yang dikeluarkan oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.
Hidayah Shahril menyamakan tindakan Safee Sali & Amirulhadi seumpama ‘monyet di atas padang’ sejurus selepas perlawanan antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalili pada 28 Julai lalu.
Terguris dengan kata-kata itu, Safee Sali menuntut agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Lagipun, Shahril juga merupakan sahabatnya yang turut sama beraksi di Liga indonesia. Malah, Shahril pernah meminta jersi yang dipakai oleh Safee Sali sebagai tanda persahabatan ketika perlawanan tempoh hari.
Safee Sali menyatakan bahawa dia memandang serius akan perkara ini namun masih belum tergamak untuk membuat sebarang tindakan undang-undang. Padanya, sudah cukup andai kata Hidayah Shahril memohon maaf dan menyatakan kekesalan serta berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.
Menurut Safee lagi, pasukan Singapura & Malaysia akan lebih kerap bertemu pada musim depan, maka dia mahu isu penghinaan ini diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul suasana yang dingin antara kedua-dua buah negara kelak.

Kisah Gadis Yang Mengalami Penyakit Wajah Tua Sebelah

Christine Honeycutt gadis berusia 11 tahun setengah dari Carolina Utara,Amerika,menderita sindrom Parry-Romberg yang tidak ada ubatnya.Sistem imun tubuhnya memakan jaringan subcutaneous antara otot,tulang dan kulit.

Akibatnya,kulit kehilangan elastisiti dan ketegangannya sehingga tulangnya tidak boleh tumbuh secara normal.Seiring dengan waktu,sebahagian wajahnya menjadi lebih kecil,dan hampir hanya terlihat kulit yang membungkus tengkorak.

Penyakit ini juga boleh menyerang bagian tengkorak dan membuatnya buta serta mengalami sinus.Ibu Christine,Vicki Honeycutt awalnya tidak menyadari apa yang dialami anaknya.Ketika Christine berusia lima tahun,dia melihat ada tanda garis kelabu di kening Christine,tepat dibawah garis rambutnya.

Christine boleh dibedah plastik setelah penyakitnya berhenti menyerang.Dia lalu menemui seorang dokter yang pernah membedah pesakit dengan penyakit sindrom Parry-Romberg juga.Dia mengatakan Christine boleh dibedah tanpa harus menunggu penyakitnya berhenti merosak mukanya.

Ia pun akhirnya menjalani operasi selama 9 jam untuk merangka ulang wajahnya.Pembedahan itu berjalan lancar dan garis kelabu diwajahnya telah hilang,meskipun tidak hilang sepenuhnya.Penyakit itu tidak akan sembuh tetapi dengan pembedahan lanjutan,setidaknya penyakit itu boleh dikawal.

Norhafiz 'pulang' Sertai Harimau Malaya

NORHAFIZ (tengah) dan S Subramaniam bekerja keras mengawal ayam tambatan Chelsea, Fernando Torres dalam  perlawanan persahabatan di Stadium National Bukit Jalil, bulan lalu. Chelsea menang 1-0.
NORHAFIZ (tengah) dan S Subramaniam bekerja keras mengawal ayam tambatan Chelsea, Fernando Torres dalam perlawanan persahabatan di Stadium National Bukit Jalil, bulan lalu. Chelsea menang 1-0.
Aksi garang ketika wakili Malaysia XI tambat hati FAM 

KELIBAT garang Norhafiz Zamani Misbah merantai kemas pergerakan Fernando Torres dan Didier Drogba ketika Malaysia menentang Chelsea dalam siri persahabatan pada 21 Julai lalu berjaya menambat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Semalam, kenyataan daripada badan induk itu menyebut pemain pertahanan itu adalah antara 25 pelatih tersenarai dalam skuad kebangsaan untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Aksi goyah benteng negara ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 harus memberi opsyen lebih kepada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dengan kehadiran Norhafiz yang disebut boleh memantapkan kubu negara. 

Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili skuad negara adalah di Sukan Asia 2010. Turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan ialah pemain tengah Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zamri yang juga sudah lama tersisih selepas kali terakhir pada kelayakan Piala Asia, hujung tahun lalu. 

Penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali yang diberi penghormatan selaku kapten pada perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, turut tersenarai bersama kapten skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim yang tidak beraksi di Bukit Jalil minggu lalu, akibat penggantungan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama menentang Singapura di republik berkenaan sebelum itu. 

Pemain lain yang turut dipanggil ialah Amar Rohidan, Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan, Mohd Ashaari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee. 
FAM dalam kenyataannya berkata, semua pemain itu diminta melapor diri di Wisma FAM pada jam 4 petang esok. Sesi latihan di bawah kendalian Rajagobal itu akan berlangsung lima hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Oman mengadakan perlawanan persahabatan dari 8 hingga 10 Ogos ini. 

INFO 
Senarai 25 pelatih Harimau Malaya
 

Amar Rohidan (Kedah) 
Mohamad Azmi Muslim (Kedah) 
Baddrol Bakhtiar (Kedah) 
Mohd Khyril Muhymeen Zamri (Kedah) 
Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor) 
Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor) 
Safiq Rahim (Selangor) 
Norhafiz Zamani Misbah (N Sembilan) 
Mohd Farizal Marlias (N Sembilan) 
Kunalan Subramaniam (N Sembilan) 
Mohamad Ashaari Samsudin (Terengganu) 
Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu) 
Helmi Remeli (Terengganu) 
Abdul Hadi Yahaya (Terengganu) 
Ismail Faruqi Ashari (Terengganu) 
Joseph Kalang Tie (Terengganu) 
Mohd Farisham Ismail (Kelantan) 
Chanturu Suppiah (Kelantan) 
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Kelantan) 
Mohd Shakir Shaari (Kelantan) 
Mohd Shahrom Abdul Kalam (KL) 
Norazlan Razali (KL) 
Shahrizal Mohd Saad (Johor FC) 
Mohd Faizal Muhamad (Harimau Muda A) 
Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya FC, Indonesia) 

Peluang Pikat Rajagobal

MEMBARA...Asraruddin (dua dari kiri) bersama Mahali  (kiri),   Fadhli, Muslim  dan Aidil (kanan) yang menjadi tonggak pertahanan skuad Rajagobal pada saingan Kelayakan Piala Dunia lalu.
MEMBARA...Asraruddin (dua dari kiri) bersama Mahali (kiri), Fadhli, Muslim dan Aidil (kanan) yang menjadi tonggak pertahanan skuad Rajagobal pada saingan Kelayakan Piala Dunia lalu.
KETIADAAN tiga pemain pertahanan Olimpik negara dan tonggak berpengalaman, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dalam kem latihan pusat Harimau Malaya bermula hari ini membuka ruang yang luas kepada beberapa pemain yang sering kali hanya memanaskan bangku simpanan.
Peluang yang terhidang kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memikat hati ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal selepas ada yang berasakan pertahanan negara yang dibarisi pemain yang sama sejak penghujung tahun lalu perlu diubah kerana dilaporkan menjadi salah satu faktor kekalahan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014 tempoh hari.

Tiga tonggak pertahanan terbabit yang sering mendapat kepercayaan Rajagobal membarisi kesebelasan utama -Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli - bersama empat pemain lain menyertai skuad Olimpik negara di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang kini menjalani latihan di Slovakia.


Ketiadaan mereka meninggalkan lapan pemain bersaing untuk berada dalam kesebelasan utama termasuk pemain pertahanan tengah berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah, Mohamad Azmi Muslim, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Faizal Muhamad.

“Kehadiran sejumlah pemain ini termasuk mereka yang sudah mempunyai berpengalaman yang luas di pentas antarabangsa mungkin dapat meningkatkan lagi kualiti benteng terakhir negara yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini. “Sebagai pemain, saya kena fikir positif perkara ini kerana sesiapapun mempunyai kemampuan untuk beraksi mewakili skuad negara. Cuma mereka perlu membentuk persefahaman dan komunikasi yang baik semasa sesi latihan serta diterjemahkan apabila turun beraksi dalam perlawanan sebenar,” kata pemain negara, Mohd Asraruddin Putra Omar.


Dia yang sering menjadi pilihan Rajagobal mengisi posisi pertahanan kiri turut terkena tempias kritikan berikutan kerapuhan pertahanan negara turut berjanji untuk meningkatkan lagi prestasinya.



“Walaupun sering berada dalam kesebelasan utama, posisi ini masih belum menjadi milik saya sepenuhnya. Saya perlu mempamerkan persembahan yang lebih baik dan konsisten kerana pemain seperti Mohamad Azmi mampu menggantikan saya bila-bila masa saja,” katanya.

Untuk sesi latihan pusat kali ini, Harimau Malaya dijadualkan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa termasuk menentang Oman di tempat lawan pada Rabu depan.


Obama Ucap Selamat Berpuasa


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barrack Obama (gambar) menyampaikan ucapan selamat berpuasa kepada umat Islam sambil menggesa orang ramai menggunakan kesempatan untuk membantu mangsa-mangsa kebuluran di Afrika.
"Ramadan adalah masa untuk mengimbas diri dan berkorban. Dalam kepercayaan lain juga, berpuasa dipercayai meningkatkan semangat, disiplin dan kesedaran mengenai belas kasihan Tuhan," kata Obama dalam satu kenyataan kelmarin.
"Ia juga merupakan peringatan mengenai pentingnya untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik," tambahnya.
Menurutnya, beliau akan menganjurkan lagi majlis berbuka puasa di White House.

Bayi Terkecil Di Dunia Itu Sudah Menjadi Remaja Sekarang

Madeline,bayi terkecil di dunia ketika dilahirkan melalui pembedahan cesar pada usia 7 bulan kurang 1 minggu (27 minggu).Berat Madeline hanya 0,3 kilogram,dengan panjang 25,4 centimeter,jauh lebih kecil dari bayi manapun di dunia ini yang berhasil bertahan hidup. Dengan ukuran sekecil ini,Madeline boleh diletakkan di telapak tangan nurse yang merawatnya.

Madeline yang lahir Jun 1989 sudah mula masuk ke sekolah tingkatan.Madeline menjadi pelajar yang mahir bermain violin dan rollerblade.“Kemampuannya bertahan hidup sangat mengagumkan”,kata Dr. Jonathan Muraskas dari Loyola University Hospital, Maywood, Illionis,Doktor yang merawat Madeline sejak lahir.

Bertahun-tahun kemudian,bayi perempuan itu tumbuh normal dan tidak pernah dirawat di hospital sampai lah dia berusia 4 tahun ketika Madeline menderita pneumonia.Madeline sekarang tinggal di Chicago.

Sama seperti remaja lainnya,dia suka mendengarkan muzik, chatting dengan kawan-kawannya melalui internet, pergi berkemah,naik kuda,bahkan Madeline juga banyak terlibat dalam kegiatan sosial dan kemanusiaan.“Madeline berhasil mengatasi semua dugaan yang dihadapinya”,kata Leslie.“Dia bahkan ingin menuliskan kisah hidupnya.“Kelak,dia ingin jadi ahli psikatri,” kata ibu Madeline.

Gambar Madeline ketika Remaja.....
Gambar Madeline ketika meraikan Ulang Tahun Ke 15 di Loyola University


Farizal Sedia Rampas Jersi No. 1

FARIZAL (depan) kembali mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.


REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.
Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.
Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.
"Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.
"Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih," kata Farizal ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai lati- han skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang di- panggil menggantikan Nasril Nourdin.
Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.
"Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.
"Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automa- tik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama," jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shah- zan Muda dan Perlis.
Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan sele- pas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010.

Nenek 82 Tahun Buat Terjunan Dari Pesawat




JUDY WADE yang berusia 82 tahun terjun bersama seorang cucunya, Joe Kemp di New York pada Ahad lalu.


NEW YORK - Seorang nenek berusia 82 tahun, Judy Wade meraikan ulang tahun kelahirannya dengan terjun dari sebuah pesawat di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia terjun bersama seorang cucunya dari sebuah pesawat pada ketinggian 4,267 meter dengan kelajuan 193 kilometer sejam.
Nenek itu terjun bersama dengan cucunya, Joe Kemp yang merupakan wartawan akhbar New York Daily News pada Ahad lalu di sini.
Menurut Kemp, neneknya itu menyuarakan hasrat untuk membuat terjunan dari udara buat kali pertama bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-82.
- Agensi

Indonesia Mahu Uji Harimau Malaya

INDONESIA mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaan mereka menghadapi perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September depan.
Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata, Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat.
"Indonesia juga merancang untuk mengadakan perla- wanan persahabatan dengan Australia," katanya melalui laman web rasmi PSSI.
Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.
Bob berkata, walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun mereka tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Aszuddin Ahmad ketika dihubungi pula berkata, pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut.

[Video] Imej Seperti Goku Dengan Awan Terbang Terakam


Ni UFO ke atau awan terbang?? lucu plak dengar . .
Anda lihat dan nilaikan . . . =D