Khamis, 11 Ogos 2011

Arlene Tan Bukan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

2 hari lepas, kecoh tentang penbongkaran Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara oleh pasukan pengodam Gaysec. Ramai yang mengutuk beliau(Arlene Tan). Tapi kita sebagai hamba Allah tak sepatutnya bertindak melulu tanpa usul periksa. Nasib aku tak terlibat sama mengutuk beliau. Bagi aku kalu pun dia bersalah dalam entri2 dia yang kurang sopan tu, kita x sepatutnya menghukum individu itu sedemikian rupa. Islam itu kan indah. Patutnya kita membimbing beliau ke jalan yang benar. Memang da jelas sekali yang dia mempunyai fahaman yang serong dan negatif (Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara). Kenapa dia berfikiran demikian? Itu yang sepatutnya kita siasat. Di mana salahnya didikan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu, sedangkan dia seorang yang beragama Islam.

Dan kenyataan yang sebenar, Arlene Tan bukan lah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara seperti yang digembar gemburkan. Beliau telah pun membuat laporan polis mengenai pengodam Gaysec atas alasan mengfitnah. Baca lebih lanjut di sini The Truth behind Gaysec Accusations.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan