Kontroversi yang melanda aktres jelita ini bersama seorang pelakon baru, Neelofa sudah sampai penghujungnya. Apatah lagi, Fazura kini enggan menjawab segala pertanyaan mengenai konflik yang berlaku di antara mereka. Baginya, apa yang dijelaskan kepada pihak media sudah memadai.
Istimewanya, pelakon ini mempunyai sisi tarikan yang jarang terdapat pada selebriti lain. Walaupun dipalit dengan kenangan pahit, namun ia tidak sedikit pun mengugat nilai komersial yang dimiliki oleh pelakon utama Tahajjud Cinta ini.
Sering memanggil peminatnya sebagai ‘darling’, itu adalah panggilan istimewa buat peminat yang sering menyokong kerjayanya. Dan sebagai ganti, Fazura tampil berani berkongsikan perkara-perkara yang sering dilakukannya di atas katil. Ehem!
“Saya buat macam-macam atas katil”, satu kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Fazura dalam majalah Cosmopoliton edisi Ogos 2011. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh dapatkan senaskah majalah ini di kedai mamak berhampiran. Mana tahu, ada rahsia peribadi yang ingin dikongsikan bersama peminat. Enjoice!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan